Luggage besar
berwarna merah hati itu ditarik kuat. Sebelah tangan lagi sibuk menahan tudung
dari terselak. Angin yang kuat menyukarkan pergerakkannya. Syah menoleh pada Pn
ropiah di tepi.
“Seat
kita nombor berapa mi?”
“245,246,247”.
Tiket terus bertukar tangan. Syah memandang slip tiket ditangan sepintas lalu,
untuk memastikan.
Sampai
di depan bridge yang menghubungkan antara platform dan ferry, dia dengan
kedua-dua belah tangan mengangkat luggage besar miliknya itu. Sebenarnya, syah
tak pernah tahu pun apa nama alatan yang menghubungkan antara tangga platform
dengan entrance ferry, dia dengan sesedap hatinya memberi nama bridge. Alah,
acah-acah movie bridge to terabithia.
Tiba
sahaja di dalam ferry, crew anak kapal sibuk menolong memunggah luggage kdi
tempat yang disediakan.
“abang,
245 kat mana?”
“Depan,
dik”, ujar abang yang memakai cap hitam yang tertulis ‘my ferry’. Whoa, manisnya abang ni. Syah senyum sambil menundukkan
kepalanya sedikit, “Terima kasih”
Matanya
melilau mencari seat miliknya itu.
240. gotcha.
Lagi lima seat kedepan, seat aku lah tu. Syah sudah tersenyum senang. Kepalanya
masih memandang ke atas. Dia mengira dalam hati. 241, 242, 243, 244, and 245.
Yes!
Dia menundukkan
kepalanya memandang seat miliknya itu. Matanya bertembung dengan sepasang mata
seorang remaja lelaki.
Ehh, ni bukan
seat aku ke? Rasanya dia tidak silap tengok. Tiket ditangan dipandang bergilir dengan nombor yang tertera di
belakang seat yang sedang diduduki remaja terbabait. Syah sudah membuat muka
pelik. Tolong la jangan kata berlaku kesilapan teknikal. Kes seat tersama kerap
kali berlaku, maksudnya bila ada dua passenger yang memiliki seat nombor yang
sama. Dan yang bagusnya, special kes begini tak pernah berlaku pada syah.
“245”, ujar Syah
perlahan sambil matanya tepat memandang remaja lelaki di depannya. Baru dia
perasan, mata budak lelaki terbabit yang berwarna sedikit kebiruan. Ditambah
dengan snapback berwarna merah yang berlawanan degan kulit pucat miliknya.
Ahhh, patut lah budak lelaki di depannya ini buat muka pelik bila syah bercakap
dengannya. Tak faham bahasa melayu rupanya. Ish, cakap lah awal-awal. Kalau tahu, takde nya syah nak buat main-main
tenung mata kat sini.
“Excuse me?
Sorry to disturb you, but this is my seat.”, ujar syah sambil tangannya
terawang-awang di udara bagi menjelaskan situasinya kini. Yelah, kalau tak
faham international language, at least
body language mesti faham kan.
Tiket ditangan
ditayang didepan muka foreigner terbabit. “Look”. Nah kau, segala bukti dan evidence semua dah ditayang
jadi sekarang dengan segala hormatnya, minta lah pulangkan balik seat miliknya
itu, bisik hati kecil Syah. Dia senyum, setakat memaniskan muka.
“Oh, maaf. Tak
perasan”.
Dan kala itu,
automatik senyuman Syah terus hilang. Matanya terkebil-kebil, keliru. Dan tanpa
otaknya sempat memproses, remaja lelaki tersebut terus bangun dan terus menuju
ke tempat duduk asalnya.