Thursday, 2 February 2017

Teaser Scene


Kepala diangguk angguk mengikut gerak lagu. Badannya disandarkan pada tiang besar diantara dua bilik kuliah itu. Semut yang berkeliaran di sekitar dedaun yang gugur mencuri pandangannya. Dia ralit memerhatikan alam semulajadi.
Terasa beg Adidas berwarna biru kepunyaannya itu ditarik perlahan lahan. Syah cepat-cepat menoleh kearah kirinya sebelum mata pen berwarna merah itu hinggap pada pipinya.
“Gotcha”,  AZ yang berasa disebelah tersengih sambil tangannya menarik tali earphone yang tersangkut di telinga Syah. Syah membulatkan kan matanya.
 “Mangkuk kau AZ!” , jerit Syah kuat. Pipinya digosok laju-laju. “Kalau ada kesan pen ni, mati kau”. Iphone ditangan dihidupkan. Dia cepat-cepat membuka kamera bahagian hadapan takut-takut kalau ada sebarang contengan dimukanya.
AZ ketawa besar melihat reaksi Syah. “Itulah kau, aku panggil sampai nak tercabut anak tekak bukan nak menyahut pun”. Dia mengambil duduk diatas bangku sambil menyambung ketawanya.
“Ni kalau wuduk aku tak sah ni, sebab kesan pen kau, aku saman kau kat akhirat nanti”, kata Syah. Tangannya masih belum berhenti dari mengosok pipinya.
“Ala, pen tu bukan ada dakwat pun”.
Syah mencebik, cakap lah awal-awal. Tak adalah sampai pedih pipinya ini. Punya lah bersungguh-sungguh dia mengosok tadi. Dia mengambil tempat disebelah AZ. mereka sama-sama duduk menghadap pemandangan di depan.
“Awal pula kau datang hari ni”, perli Syah. Ye lah, selalunya 5minit sebelum lecture start baru lah si AZ ni tergedik-gedik nak nak turun.
“Aku pergi jumpa Miss Mas Fiza tadi. Pasal soalan tutorial tu lah. Gila susah. Semalaman ak stuck kat soalan tu tau tak. Huish.”
Syah cuma mengangguk-gangguk tanda faham. Soalan tutorial yang mana usah ditanya lah. Dia sendiri pun tak tau. Kadang-kadang AZ ni boleh jadi orang yang paling rajin di alam semesta. Okay, itu macam over sangat. Tapi bagi Syah, AZ itu boleh dikategorikan sebagai rajin sebab dia selalu siapkan segala jenis assignment dan tutorial yang menimbun tu. Mungkin sebab itu AZ selalu digelar genius kelas.
“Eh AZ, apa cita-cita kau ha?”, tanya Syah spontan. Biskut oat krunch perisa coklat dibawa keluar dari beg. Plastic dikoyakkan dari tepi. Sekeping biskut disua kepada AZ.
AZ mengangkat kening. “Huh? Asal tetiba kau tanya ni?”. Biskut Oat Krunch bertukar tangan.
“Tak lah. Saja je aku nak tahu” Syah menjungkit bahu gaya tak kisah. Matanya masih setia memandang AZ disebelah.
“Entah lah Syah. Aku pun tak tahu lagi. Tapi yang aku tahu sekarang, aku kena struggle gila untuk asasi ini. So then, aku boleh pilih apa-apa bidang je yang aku nak”, kata AZ. Dia menoleh ke belakang sebentar. Pakcik mekanikal baru sahaja membuka pintu untuk DK yang akan mereka gunakan nanti. Awal pula pakcik ni buka pintu hari ini, getus hatinya perlahan. Matanya singgah pula pada plastic biskut Oat Krunch yang berada ditangan Syah. Otaknya tiba-tiba terfikirkan idea nakal. Dia tersenyum kecil.
Syah mengangguk lagi mendengar jawapan dari AZ. Sambil otaknya memproses kata-kata AZ sebentar tadi, mulutnya laju saja mengunyah. Mata kembali memandang kawanan burung yang singgah di depan bangku tersebut.
“Tapikan Syah….” Ayat AZ yang tergantung berjaya menarik perhatian Syah. Dia kembali memandang AZ.
“Aku rasa bidang apapun yang aku sambung, kalau boleh aku nak fly ke New Zealand”
Syah mengangkat kening tanda kagum. “Serious? Asal New Zealand?”
“Hmnn, sebab….”, Syah semakin berminat dengan alasan AZ. Entah-entah, AZ pun satu kes dengan dia apa.
Plastik biskut Oat Krunch yang berada di tangan Syah pantas  dirampas oleh AZ. Beg biru yang digalas oleh  Syah ditarik kasar menyebabkan Syah sedikit terdorong kebelakang. AZ cepat-cepat berlari masuk kearah DK yang baru dibuka.

“WOI! Biskut aku!”


A/N: hey guys, please give me a lot of support and maybe some "kritikan membina". fell free to leave some comment, ideas etc. now listening to hippo jungle song, what a nostalgic.
Love,

kangkung

No comments:

Post a Comment