Monday, 20 February 2017

Prologue


Luggage besar berwarna merah hati itu ditarik kuat. Sebelah tangan lagi sibuk menahan tudung dari terselak. Angin yang kuat menyukarkan pergerakkannya. Syah menoleh pada Pn ropiah di tepi.
                “Seat kita nombor berapa mi?”
                “245,246,247”. Tiket terus bertukar tangan. Syah memandang slip tiket ditangan sepintas lalu, untuk memastikan. 
                Sampai di depan bridge yang menghubungkan antara platform dan ferry, dia dengan kedua-dua belah tangan mengangkat luggage besar miliknya itu. Sebenarnya, syah tak pernah tahu pun apa nama alatan yang menghubungkan antara tangga platform dengan entrance ferry, dia dengan sesedap hatinya memberi nama bridge. Alah, acah-acah movie bridge to terabithia.
                Tiba sahaja di dalam ferry, crew anak kapal sibuk menolong memunggah luggage kdi tempat yang disediakan. 
                “abang, 245 kat mana?”
                “Depan, dik”, ujar abang yang memakai cap hitam yang tertulis ‘my ferry’. Whoa, manisnya abang ni. Syah senyum sambil menundukkan kepalanya sedikit, “Terima kasih”
                Matanya melilau mencari seat miliknya itu.
240. gotcha. Lagi lima seat kedepan, seat aku lah tu. Syah sudah tersenyum senang. Kepalanya masih memandang ke atas. Dia mengira dalam hati. 241, 242, 243, 244, and 245. Yes!
Dia menundukkan kepalanya memandang seat miliknya itu. Matanya bertembung dengan sepasang mata seorang remaja lelaki.
Ehh, ni bukan seat aku ke? Rasanya dia tidak silap tengok. Tiket ditangan dipandang  bergilir dengan nombor yang tertera di belakang seat yang sedang diduduki remaja terbabait. Syah sudah membuat muka pelik. Tolong la jangan kata berlaku kesilapan teknikal. Kes seat tersama kerap kali berlaku, maksudnya bila ada dua passenger yang memiliki seat nombor yang sama. Dan yang bagusnya, special kes begini tak pernah berlaku pada syah. 
“245”, ujar Syah perlahan sambil matanya tepat memandang remaja lelaki di depannya. Baru dia perasan, mata budak lelaki terbabit yang berwarna sedikit kebiruan. Ditambah dengan snapback berwarna merah yang berlawanan degan kulit pucat miliknya. Ahhh, patut lah budak lelaki di depannya ini buat muka pelik bila syah bercakap dengannya. Tak faham bahasa melayu rupanya. Ish, cakap lah awal-awal.  Kalau tahu, takde nya syah nak buat main-main tenung mata kat sini.
“Excuse me? Sorry to disturb you, but this is my seat.”, ujar syah sambil tangannya terawang-awang di udara bagi menjelaskan situasinya kini. Yelah, kalau tak faham international language,  at least body language mesti faham kan.
Tiket ditangan ditayang didepan muka foreigner terbabit. “Look”. Nah kau,  segala bukti dan evidence semua dah ditayang jadi sekarang dengan segala hormatnya, minta lah pulangkan balik seat miliknya itu, bisik hati kecil Syah. Dia senyum, setakat memaniskan muka.
“Oh, maaf. Tak perasan”.

Dan kala itu, automatik senyuman Syah terus hilang. Matanya terkebil-kebil, keliru. Dan tanpa otaknya sempat memproses, remaja lelaki tersebut terus bangun dan terus menuju ke tempat duduk asalnya. 

No comments:

Post a Comment